Pada 1 November 2023 (Rabu), pihak Perpustakaan UTMKL (PUTMKL) mengalu-alukan kedatangan 25 orang pelajar separuh masa Professional Diploma in Management dari syarikat Flextronics Technology (Penang) Sdn Bhd melalui Samudera Management Consultants Sdn Bhd (SMC) yang merupakan rakan kerjasama UTMSPACE Johor Bharu. Lawatan ke perpustakaan merupakan antara agenda utama program yang telah bermula sejak tahun 2017 lagi.
Turut hadir bersama adalah Dr. Praba Jayaraman untuk mendengar taklimat ringkas mengenai perkhidmatan perpustakaan termasuk sumber akses terbuka. Terdapat kelainan pada tahun ini di mana taklimat ringkas telah dibuat di Read Cafe@UTMKL, He & She Coffee oleh Puan Nurrull Huda Abd Wahid, Pustakawan PUTMKL memandangkan perpustakaan masih lagi dalam proses menaik taraf fasiliti pendingin hawa.
Kunjungan ini bukan sahaja menyemarakkan hubungan di antara institusi pendidikan dan industri, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk lebih memahami perkhidmatan PUTMKL dan pelbagai sumber ilmu yang disediakan. Ini merupakan satu lagi inisiatif dalam memupuk kerjasama yang erat di kalangan pihak universiti dan industri.
Share this :