Pada 8 November 2023 (Rabu), Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah menerima kunjungan lawatan dari Fakulti Komputeran UTM dan Davao Oriental State University, Filipina. Lawatan ini telah berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 11 pagi dan dikendalikan oleh Puan Nur Nazurah Nordin.

Para pelawat telah dibawa melawat ke ruangan utama bangunan PSZ dari aras dua sehingga ke aras empat. Lawatan ini turut  ke Galerium Perpustakaan UTM yang bertempat di aras dua di mana ia menempatkan artifak-artifak milik Perpustakaan UTM sedari awal penubuhannya dan juga fakulti-fakulti lain seperti mesin taip, kamera proses, projektor dan komputer yang digunakan oleh staf di perpustakaan satu ketika dahulu. Dr. Nazrinda A. Samah, Pustakawan Kanan Perpustakaan UTM telah mengendalikan sesi lawatan di Galerium dan menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penggunaan artifak-artifak tersebut.

Para pelawat begitu teruja melihat suasana di Perpustakaan Sultanah Zanariah yang kondusif untuk para pelajarnya. Banyak soalan yang diajukan sewaktu lawatan berlangsung melibatkan perkhidmatan dan fasiliti yang perpustakaan sediakan. 

Semoga pendedahan dan penerangan yang disampaikan oleh pustakawan sepanjang lawatan kali ini dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada para pelawat.

Laporan disediakan oleh:

Nurhanis Maisarah Abdul Mutalib, Pelajar Latihan Industri UiTM Rembau

Share this :