Pada Selasa, 28 November 2023 Perpustakaan Sultanah Zanariah telah menerima lawatan dari panel Engineering Accreditation Council (EAC) bagi kursus Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (FKT). Lawatan ini berlangsung selama satu (1) jam bermula pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Panel penilai terdiri daripada EAC dan wakil-wakil fakulti. Lawatan ini adalah sebahagian daripada agenda lawatan panel penilai akreditasi ke fasiliti fakulti dan UTM. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Khairulbahiyah Yaakub, Puan Zafarina Dol, Puan Muzaimah Mohd Yunus dan Puan Nur Nazurah Nordin.

Penerangan ringkas mengenai Perpustakaan UTM dan koleksi telah disampaikan oleh Puan Khairulbahiyah Yaakub dan Puan Zafarina Dol. Selain itu, sesi soal jawab turut berlangsung sepanjang sesi lawatan, dan lawatan diteruskan ke koleksi bahan bacaan khusus untuk bidang FKE dan FKT.

Selain itu, auditor turut bertanya berkenaan peminjaman bahan antara perpustakaan cawangan dan induk, kemudahan bilik karel dan bilik perbincangan kepada pengguna serta kemudahan dan perkhidmatan dalam talian. Secara keseluruhan aktiviti proses audit telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga FKE dan FKT berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi ini.

Share this :