18 Disember 2023, Isnin – Perpustakaan UTM telah menerima kunjungan lawatan daripada SMA Al-Khairiah yang terdiri daripada 44 orang pelajar dan guru pengiring. Mereka turut diiringi oleh staf dan pegawai daripada UTM Space sebagai koordinator lawatan mereka di UTM. Lawatan ke perpustakaan ini telah dikendalikan oleh Pustakawan Unit Promosi iaitu Puan Nazurah Nordin dan dibantu oleh dua (2) orang staf Seksyen Perkhidmatan Maklumat iaitu Puan Rohayu binti Mohamad Hatim dan Puan Suraya binti Jaapa.

Sesi lawatan ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit. Puan Nazurah telah menerangkan dan berkongsi serba ringkas tentang perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Sultanah Zanariah seperti waktu perkhidmatan, koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan dan fasiliti yang Perpustakaan UTM sediakan  kepada pelajar-pelajar UTM. Seterusnya, pelawat telah dipecahkan kepada dua (2) kumpulan untuk sesi lawatan di setiap aras.

Kumpulan pertama memulakan sesi lawatan dengan berkunjung ke Galerrium UTM yang terletak di aras 2, bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, di mana ia menempatkan artifak-artifak milik Perpustakaan UTM sedari awal penubuhannya dan juga fakulti-fakulti lain seperti mesin taip, kamera proses, projektor dan komputer yang digunakan oleh staf di perpustakaan satu ketika dahulu. Encik Faezan, Pembantu Perpustakaan, Unit Galeri telah mengendalikan sesi lawatan di Galerium dan menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penggunaan artifak-artifak tersebut.

Kumpulan lawatan turut dibawa ke aras 4 yang menempatkan ribuan koleksi buku rujukan untuk kegunaan pelajar dan pensyarah, Di samping itu, petugas lawatan turut menerangkan tentang beberapa fasiliti yang terdapat di perpustakaan seperti bilik karel, ruang interaktif, ruang peta, dan sudut Serambi Ilmu Rakyat (S.I.R) di aras 3

Sesi lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada wakil guru SMA Al-Khairiah dan diserahkan oleh Puan Nazurah Nordin. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berguna kepada para peserta sekaligus dapat memberi gambaran awal kepada para pelajar mengenai kehidupan mahasiswa di kampus universiti.

Share this :