Sesi Latihan Pengungsian Bangunan bagi Zon 1 Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Kampus UTM Kuala Lumpur telah diadakan pada 7 Disember 2023 di mana ia melibatkan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan fakulti iaitu Pejabat TNC (Pembangunan) UTMKL, Seksyen Projek & Penyenggaraan (SPP), Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Perpustakaan UTMKL, UTM Digital, Pejabat Bendahari, dan Unit OSHE UTMKL.

Latihan dijalankan dengan pasukan OKK PTJ/Fakulti bersama pihak Bomba yang membantu semua staf dan pelajar untuk berkumpul di Dataran Ilmu manakala pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pula menjalankan latihan dengan memberikan simulasi rawatan perubatan kepada staf-staf yang mengalami kecederaan. Di samping itu, pihak bomba turut mengadakan demonstrasi kaedah pemadaman api dengan menggunakan alat pemadam api serta pihak (PKU) mengadakan demonstasi kaedah “Cardio-Pulmonary Resuscitation” (CPR).

Semua staf dan pelajar yang terlibat telah mengikut arahan dan memberikan kerjasama yang baik. Kesimpulannya, aktiviti pengungsian bangunan ini telah berjalan dengan lancar. Latihan telah tamat sekitar 12.00 tengah hari. Terima kasih kepada Unit Keselamatan UTMKL serta Balai Bomba & Penyelamat Keramat dalam membantu kami untuk menjayakan latihan ini.

Share this :