Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Kuala Lumpur (PSZ UTMKL) telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada SMAIT Aulady Islamic Senior High School, Indonesia pada 29 Februari 2024 (Khamis) jam 11.30 pagi. Seramai 16 orang pelawat telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini dikendalikan oleh Puan Marlina Kasiman selaku Pustakawan bertugas. Objektif dari lawatan ini adalah bagi menggalakkan pelajar-pelajar SMAIT Aulady Islamic Senior High School, Indonesia memilih pusat pengajian tinggi.


Sesi lawatan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai PSZKL di mana ia telah disampaikan oleh Puan Marlina Kasiman. Sesi pengenalan ringkas ini memberi gambaran awal kepada para pelawat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di PSZKL.


Seterusnya, para pelawat dibawa melawat ke ruang-ruang khusus di PSZKL yang lazimnya digunakan oleh mahasiswa untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan dengan kemudahan akses wifi dan kabel internet yang disediakan oleh PSZKL untuk kegunaan laptop peribadi pelajar. Di samping itu, pelawat turut dibawa melawat ke Galerium Perpustakaan UTM Kuala Lumpur, dimana ia menempatkan koleksi artifak UTM yang pernah digunakan ketika Majlis Konvokesyen di awal penubuhan UTM dahulu.

Semoga segala penerangan yang disampaikan oleh Pustakawan dan petugas sepanjang lawatan kali ini dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada para pelawat sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Share this :