30 Mei 2024, Rabu – Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru (JPUTM) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada dua (2) orang Pegawai dari Perpustakaan Universitas Atma Jaya Yogyakarta, Indonesia. Encik Aloysius Prastowo Harsa P., S.H., MA. Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknikal, dan Encik YMV. Agung Nugroho, S. Sos. Pustakawan bahagian Rujukan.

Tujuan utama lawatan ini adalah bertujuan untuk sesi perkongsian maklumat mengenai Pengenalan Sistem Dashboard JPUTM yang dibentangkan oleh En. Mohamad Fahiezan bin Md Zan, Pustakawan Kanan dari Seksyen Automasi dan Perkongsian Maklumat Program Anjuran Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Liza Porijo, Pustakawan Kanan dari Seksyen Perkhidmatan.

Lawatan bermula dengan sesi pembentangan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), berkenaan latarbelakang Universiti Teknologi Malaysia dan JPUTM yang disampaikan oleh Puan Nas Rashidah binti Mohd Muztaza, Pustakawan Seksyen Pentadbiran dan Korporat, dan diteruskan dengan sesi perkongsian maklumat berkenaan Pengenalan Sistem Dashboard JPUTM dan Perkongsian Maklumat Program Anjuran Perpustakaan.

Selesai sesi pembentangan, para pelawat telah dibawa melawat ke sekitar bangunan PRZS. Para pelawat turut tidak melepaskan peluang untuk turut mengunjungi Galeri Raja Zarith Sofiah, Galeri Tokoh Penyelidik dan Galeri Koleksi Khazanah Intelektual Johor yang bertempat di bangunan PRZS. Delegasi turut dibawa melawat ke ruang koleksi tesis di Aras 3, PRZS yang menghimpunkan koleksi tesis baharu dan terkini dari fakulti-fakulti di UTM.

Share this :