3 September 2024, Selasa – Pameran 2023 Mustafa Prize Laureate: Professor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail telah diadakan  bersempena Majlis Keunggulan Ilmiah Mustafa Prize Laureate 2023 dan Sesi Perkongsian Inspirasi anjuran Bersama Majlis Profesor UTM dan Jabatan Perpustakaan UTM.

Pameran ini diadakan untuk mengangkat dan memartabatkan ketokohan dan penyelidikan Profesor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail yang merupakan penerima anugerah Hadiah Mustafa 2023 bagi bidang Basic and Engineering Sciences. Hadiah Mustafa yang diwujudkan pada 2015 dan digelar Nobel Muslim mengiktiraf saintis terkemuka dari negara anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

Pengiktirafan terhadap Profesor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail adalah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam penyelidikan teknologi membran dan penggunaan yang pelbagai. lmpak kajian beliau, telah menjangkau secara global dan telah berjaya meletakkan beliau sebagai tokoh peneraju dalam sains dan teknologi membran di seluruh dunia.

Semoga dengan menyantuni pameran 2023 Mustafa Prize Laureate: Professor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail dapat dijadikan inspirasi dan aspirasi kepada penyelidik khususnya di UTM untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan yang berkualiti tinggi dan bermanfaat.

Pameran fizikal ini bertempat di Galeri Terbuka, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru dan juga boleh dilayari secara maya melalui laman web UTM Virtual Gallery.

Share this :