1 Oktober 2024, Selasa –  Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (PUTM) telah menerima kunjungan daripada Pusat Sumber peringkat Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Zon Johor bagi sesi lawatan penanda aras. Lawatan ini diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Bilik Seminar 3, Aras 4, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM Johor Bahru. Lawatan ini disertai oleh Pegawai Pendidikan (Guru) dari 11 buah Kolej Vokasional (KV) dan sebuah Sekolah Menengah Teknik (SMT) Zon Johor. Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil Jabatan Perpustakaan UTM serta Tuan. Haji. Ismi bin Bachok, Pengerusi Majlis Permuafakatan TPSA KV/SMT Zon Johor. Selain itu, para peserta turut disajikan dengan tayangan video korporat Jabatan Perpustakaan UTM.

Sesi utama lawatan ini merangkumi pembentangan dan perkongsian ilmu mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) yang disampaikan oleh Puan Nur Nazurah binti Nordin, Pustakawan. Sesi kedua menumpukan kepada pembangunan sistem KOHA, yang dibentangkan oleh Encik Yusrul Hisham Bin Mohd Yusof, Timbalan Pustakawan.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebelum para peserta dijamu dengan minuman pagi. Selesai jamuan minum pagi, ia diteruskan dengan sesi lawatan di sekitar Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah serta Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Lawatan ini menjadi platform penting untuk pertukaran pengetahuan dan pemahaman mengenai operasi perpustakaan serta teknologi terkini yang diguna pakai.

Share this :