Green Office Committee (GOC) Perpustakaan UTMKL telah menganjurkan Program Perkongsian ISES bertemakan Hijau dan Ceria: Kelestarian di Tempat Kerja. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan amalan terbaik ke arah persekitaran kerja yang lebih lestari dan harmoni. Sesi perkongsian pada kali ini disampaikan oleh Puan Zafarina Dol yang merupakan Green Manager di Jabatan Perpustakaan UTM.
Program ini diadakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex Meeting pada 3 Disember 2024 (Selasa) dan berlangsung selama dua (2) jam. Di awal perkongsian, staf diberi makluman mengenai Anugerah Kelestarian 2023 yang telah diadakan di UTM dan penyertaannya adalah terbuka dan wajib kepada semua PTJ di Universiti Teknologi Malaysia.
Perpustakaan UTM telah menyertai Anugerah Kelestarian ini sejak dari tahun 2018. Dalam erti kata lain, Perpustakaan UTM telah berusaha selama enam (6) tahun dalam memastikan peningkatan kelestarian di tempat kerja. Staf juga dapat mempelajari pelbagai tips dan strategi praktikal bagi mencipta suasana kerja yang hijau, ceria dan produktif, selaras dengan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
Program ini disambut baik oleh staf Perpustakaan UTMKL sekaligus menonjolkan usaha bersama untuk menyemarakkan gaya hidup lestari di tempat kerja. Terima kasih kepada Puan Zafarina Dol selaku Green Manager Jabatan Perpustakaan UTM dan Puan Nik Masriza, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur kerana sudi berkongsi info untuk manfaat bersama.