Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah) dengan kerjasama Green Office Perpustakaan UTM telah menganjurkan program kayuhan lestari pada 18 November 2021. Flag off  telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan sekitar jam 9.00 pagi.

Program kayuhan lestari sejauh 1.7 kilometer melibatkan aktiviti berbasikal dan plogging di Kolej Rahman Putra. Meskipun cuaca mendung dan hujan, semangat peserta tetap tinggi untuk meneruskan aktiviti.


Semoga dengan program seumpama ini dapat merapatkan ukhuwah di kalangan staf di samping mengamalkan gaya hidup sihat.  Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pustakawan, Pengarah UTM Campus Sustainability, Bahagian Keselamatan UTM, Jawatankuasa Program Kayuhan Lestari Perpustakaan UTM dan semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Share this :