Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Persuratan dan Sejarah, Yayasan Warisan Johor telah mengadakan lawatan kerja di Bahagian Repositori Metadata pada 7 Januari 2019. Objektif utama adalah untuk membuat benchmarking kepada proses pendigitalan bahan di Unit Pengurusan Dokumen Digital.

Lawatan diketuai oleh Encik Muhammad Qaim Qays bin Azmi, Penolong Pengarah, Bahagian Persuratan dan Sejarah, YWJ. Taklimat berkenaan proses pendigitalan diberikan oleh Ketua Repositori Metadata, Pn. Zafarina binti Dol dan Pustakawan Unit Pengurusan Dokumen Digital, Pn. Haslinda binti Sabari.

Lawatan tapak ke workstation telah diadakan sejurus selepas taklimat. Pelawat didedahkan dengan proses kerja pendigitalan yang melibatkan kaedah pemilihan bahan, mengimbas, menyunting dan memuat naik rekod ke dalam Sistem Pengurusan Dokuman (DMS).

Disediakan oleh Pn Zafarina Dol

 

Share this :