Program Lestari Talk Series I anjuran Green Office Perpustakaan UTM bersinergi bersama Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga telah diadakan pada 15 Mac 2022 dengan tajuk “Practical Sharing On Simple Ways Towards A Healthier Lifestyle : Food & Eating Habit”. Program telah berlangsung secara dalam talian di Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM selama dua jam. Prof. Madya Ir. Dr. Mimi Haryani Hassim selaku panel jemputan dan Puan Zafarina Dol, Green Manager Perpustakaan UTM sebagai moderator.
PM Ir. Dr. Mimi Haryani Hassim memulakan perkongsian beliau dengan memberikan definisi sihat dan kepentingan pemakanan secara sihat. Terdapat dua komponen utama bagi tubuh badan yang sihat iaitu makanan dan senaman. Oleh itu pemilihan makanan amat penting dan perlu diambil seperti yang disarankan merujuk kepada piramid makanan dalam kehidupan seharian.
Amalan berpuasa memberi impak yang baik kepada kesihatan seperti berikut :
a) Rehatkan organ pencernaan
b) Menyingkirkan racun dan toksin dalam tubuh badan
c) Meningkatkan sistem imun
d) Menyeimbangkan tahap asid dan alkali
e) Meremajakan kulit
f) Mengawal tahap gula darah / tingkatkan sensitiviti insulin
g) Membantu ‘weight loss’
h) Rendahkan kolestrol jahat
Panel turut berkongsi kelebihan berpuasa di dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, panel juga berkongsi kaedah pemilihan pemakanan sihat, pentingnya membaca ‘ingredients’ pada label, pentingnya pengambilan air secukupnya serta jumlah pengambilan ‘portion’ makanan yang tepat. Sebelum mengakhiri prgram, panel sempat berkongsi beberapa judul buku berkaitan pemakanan sihat untuk makluman semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua demi kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.