Pada 31 Mac 2022 telah berlansungnya Majlis Penutup Pameran dan Seminar Seni Khat & Jawi UTM 2022 di Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah). Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Zaidatun binti Tasir, Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. Turut hadir pada majlis adalah Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan UTM, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pengurusan dari UTM serta para pemenang pertandingan Seni Khat dan Jawi UTM 2022.

Prof. Ts. Dr. Zaidatun binti Tasir mengucapkan syabas serta tahniah kepada kepada Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Perpustakaan UTM di atas penganjuran Pameran dan Seminar Khat UTM 2022. Semoga program kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Dr. Abdul Rahman bin Hamzah, Pengarah Pameran dan Seminar Khat UTM 2022

Pemenang pertandingan Seni Khat sempena Pameran dan Seminar Khat UTM 2022

 

Share this :