Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM Johor Bahru telah menerima lawatan dari peserta rrogram UTM Hidrografi. Jabatan Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah menganjurkan Program UTM Hidrografi I Kategori B FIG/IHO/ICA bermula pada 18 Mac 2019 hingga 12 September 2019 bertempat di FABU. Program ini disertai oleh seramai tujuh (7) orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan orang awam.
Salah satu aktiviti yang dirancang adalah lawatan rasmi ke Perpustakaan UTM. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memperkenalkan Perpustakaan UTM disamping memberikan pendedahan kepada peserta program terhadap prosedur dan peraturan pinjaman buku dan penggunaan fasiliti di Perpustakaan UTM.
Disediakan oleh Pn Norashikin Johari