Pameran “COURTESY” yang diadakan di Ruang Lestari, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah ini bertujuan untuk mengetengahkan konsep pengukuhan adab dan akhlak di kalangan warga kampus. Ianya diharap dapat menerapkan budaya sopan santun, berbudi bahasa dalam konteks perilaku, perbuatan, kebaikan, kesantunan moral, kesusilaan dan kemanusiaan dalam keperibadian individu terutamanya mahasiswa UTM.

Pameran ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif dari pihak Perpustakaan UTM untuk mendekati pengguna dengan membawa pesanan yang mudah tetapi boleh menyentuh akal dan hati  kerana bahan yang dipamerkan adalah merupakan rutin seharian yang dilakukan dan dilalui oleh semua. Pameran ini bermula pada 14 Januari 2019 dan berakhir pada 10 Mac 2019.

Disediakan oleh Pn Norashikin Johari

Share this :