Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah) telah menerima lawatan dari Student Recruitment and Admission Division (SRAD), UTM dan wakil Somalia Cable TV pada 9 Jun 2022. Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh universiti dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah dipilih sebagai salah satu penanda aras bagi tujuan tersebut.

Pihak perpustakaan menyambut baik usaha yang dijalankan oleh pihak SRAD, UTM kerana secara tidak langsung mempromosikan perkhidmatan, galeri serta koleksi yang terdapat di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Share this :