Sesi Read & Relax diteruskan pada setiap Khamis bagi menyemarakkan lagi inisiatif Read@UTM. Pada 7 Februari 2019, 3 orang pengulas telah berkongsi bahan bacaan yang menarik iaitu :-

Pengulas : Pn. Syahranah Ahmad Raqi
Tajuk : Majalah Mastika, Isu 1, 1941


Ringkasan : Bingkisan ini merupakan majalah Mastika keluaran yang pertama yang diterbitkan pada 1 Jun 1941. Namun kini, Mastika telah menamatkan penerbitannya pada November 2018. Majalah yang berusia 77 tahun ini banyak mengisahkan isu masyarakat semasa yang mendiami Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Majalah ini diterbitkan dalam 75 mukasurat dan ditulis dalam tulisan Jawi. Pengarang pertama adalah merupakan seorang penulis tersohor iaitu Abdul Rahim Kajai. Harga senaskhah Mastika pada masa itu hanya 50 sen sahaja.

Pengulas : En. Salihuddin Bakhri
Tajuk : Dracula Vs. Al-Fateh


Ringkasan : Nama Dracula sering disebut-sebut. Sangkaan kita, nama ini hanyalah cerita Dongeng Barat yang direka-reka. Siapa sangka yang Dracula memang benar-benar wujud? Lebih menakjubkan, Dracula ini pernah hidup sezaman dengan sultan yang namanya selalu disebut, Sultan Muhammad Al-Fateh. Dalam buku ini, ada banyak fakta yang mengejutkan. Antaranya adalah Dracula adalah antara musuh paling ketat Sultan Al-Fateh walaupun Dracula pernah berkawan dan tinggal bersekali dengan Sultan Al-Fateh. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem Dracula Untold, Al-Fateh tidak dibunuh Dracula. Wujudnya watak bernama Radu, adik-beradik Dracula yang banyak membantu Kerajaan Uthmaniyah. Radu adalah pemburu Dracula, seolah-olah watak sebenar yang menginspirasi Van Helsing. Dracula vs Al-Fateh adalah buku fakta, berasaskan kajian ilmiah.

Pengulas : Pn. Sakinah Ismail
Tajuk : Makanan Pantai Timur


Ringkasan : Pengulas yang sememangnya berasal dari Kelantan ini telah mengulas buku masakan Pantai Timur yang mana di dalam buku ini terdapat pelbagai resepi masakan dari Kelantan khususnya seperti kuih Cek Mek Molek, Puteri Mandi, Laksam, Nasi Kerabu dan lain-lain. Pengulas juga mengakui bahawa masakan Kelantan sangan mudah dibuat dan lazat. Pendengar juga disarankan supaya mencuba resepi masakan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Disediakan oleh Pn Norashikin Johari

Share this :