Pada 28 Julai 2022, PM Dr. Suayip Turan dari universiti rakan kerjasama UTM, Cankiri Karatekin University, Turki telah berkunjung ke Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Beliau datang ke UTM bagi mengikuti program sangkutan staf Erasmus+ di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Julai 2022. Oleh yang demikian, UTM International telah diberi tanggungjawab untuk menyusun jadual beliau sepanjang berada di UTM Kuala Lumpur dan antaranya adalah untuk mengunjungi Perpustakaan UTM Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat.

Terima kasih Asst. Prof. Dr. Suayip Turan atas kesudian untuk berkunjung ke Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dan terima kasih juga kepada Pustakawan dalam memberikan layanan dan info yang berguna kepada beliau.

Share this :