Pada 29 Julai 2022, Perpustakan UTM Kuala Lumpur (UTM KL) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Bil. 2/2022 yang merupakan salah satu amalan penambahbaikan secara berterusan sejajar dengan objektif kualiti berteraskan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Aktiviti ini melibatkan semua staf termasuk yang bertugas petang serta di cawangan.
Sebelum program dilaksanakan, satu sesi taklimat ringkas disampaikan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid selaku penyelaras EKSA Perpustakaan UTMKL. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada semua staf tentang, sasaran utama aktiviti pada hari tersebut. Pembahagian tugas dibahagikan kepada empat (4) kumpulan dan setiap kumpulan tersebut terdiri daripada seorang pustakawan dan lima orang pembantu pustakawan.
Agenda utama aktiviti ialah membersihkan stor di setiap aras, membuka blinds tingkap aras 3 dan bilik karel bagi pengguna. Aktiviti mengemas bahan Reading Station dan seterusnya menempatkan bahan – bahan tersebut di stor 1 aras 2 perpustakaan. Penempatan bagi koleksi bahan Unit Galeri yang ada di Bilik Karel pula, perlu dipindahkan ke stor aras 2. Manakala di stor aras 3, semua buku- buku lama ditempatkan pada ruangan ini.
Aktiviti gotong – royong ini selesai dilaksanakan sehingga jam 5.00 petang. Tahniah diucapkan kepada semua staf Perpustakaan UTMKL diatas penglibatan semua, bertungkus lumus memberikan komitmen dalam merealisasikan program pada hari ini.