Setelah hampir dua tahun pelajar berhadapan dengan pembelajaran secara atas talian, Perpustakaan UTMKL menerima lawatan secara fizikal untuk pertama kalinya dari pelajar baharu Mahasiswa Baharu Program Diploma Sesi 2022/2023. Lawatan kali ini melibatkan kira-kira 50 pelajar dan dikendalikan oleh staf Unit Sirkulasi Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.
Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan dan dibawa melawat semua aras Perpustakaan. Pelajar juga didedahkan dengan setiap perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia di sini untuk memastikan pelajar benar-benar memahami bagaimana Perpustakaan ini berfungsi untuk kemudahan pelajar. Selain itu, pelajar ditunjukkan cara-cara pencarian bahan menggunakan laman web https://library.utm.my/ , dan bagaimana pelajar boleh membuat pembaharuan buku tanpa perlu hadir ke Perpustakaan.
Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan Self Checkout Machine, iaitu sebuah mesin layan diri untuk meminjam buku tanpa perlu menggunakan servis kaunter. Ruang-ruang lain yang ditunjukkan adalah ruang Wisdom Lounge, ruang komputer, ruang penempatan buku baharu, R.E.A.D Cafe dan sebagainya yang sentaisa tersedia menerima kunjungan para pelawat khasnya pelajar.
Semoga pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya fungsi perpustakaan serta menjaga hak milik perpustakaan untuk kesenangan bersama sehingga tamat pengajian. Akhir sekali, terima kasih kepada semua staf Perpustakaan yang membantu dan memberi tunjuk ajar. Semoga perkongsian yang disampaikan dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka sepanjang pengajian.