Pada 14 September 2022, Faculty of Technology and Informatics Razak (FTIR) dan UTM Campus Sustainability (UTMCS) telah menganjurkan program Xplorace Merdeka UTMKL 2022. Perpustakaan UTMKL turut memberikan kerjasama dengan menjadi salah satu checkpoint yang perlu dilawati oleh peserta selain membantu peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Seramai 18 kumpulan bersamaan dengan 36 orang peserta telah menyertai Xplorace Merdeka UTMKL 2022. Sepanjang program, terdapat 5 checkpoint yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Di setiap lokasi yang ditetapkan, para peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberikan agar mereka dapat meneruskan tugasan di checkpoint seterusnya.
Terima kasih juga kepada semua staf Perpustakaan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung demi memastikan kelancaran program ini Xplorace Merdeka UTMKL 2022. Anda semua adalah juara 💪🏽🤩