Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan bahawa ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, sinergi Perpustakaan UTM, Prof. Dr. Maketab Mohamed dan Persatuan Pustakawan Malaysia-Kumpulan Selatan (PPMKS) diteruskan lagi dengan program khidmat masyarakat di Tg. Gahai, Ulu Jelai, Kuala Lipis Pahang. Pada kali ini, 100 naskah buku telah disumbangkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Selatan) untuk diberikan kepada masyarakat di Tg. Gahai, Ulu Jelai, Kuala Lipis Pahang. Pihak Perpustakaan UTM telah menyerahkan sumbangan buku-buku tersebut kepada Prof. Dr Maketab Mohamed pada 19 Julai 2022.

Semoga usaha ini dapat membantu masyarakat di Tg. Gahai, Ulu Jelai, Kuala Lipis Pahang dalam mengimarahkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

 

Share this :