‘Pameran Koleksi Khazanah Warisan Universiti: Ilmu Pengetahuan Institusi’ yang sedang berlangsung di Galeri Terbuka, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru mulai 3 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022 diadakan bersempena dengan Sambutan 50 Tahun UTM.

Pameran ini menghidangkan informasi berkaitan tokoh, peristiwa, artifak dan sejarah penubuhan UTM yang mengandungi kepentingan budaya, warisan serta nilai jati diri UTM yang tersendiri.

Pameran ini juga merupakan inisiatif untuk mempromosi khazanah warisan Universiti, menyebarluas ilmu pengetahuan Institusi dan menjadikannya sebagai sumber rujukan dan penyelidikan.

Selain itu, seluruh warga kampus juga berpeluang untuk merasai pengalaman melayari pameran ini secara maya 360 darjah melalui pautan https://virtualgallery.utm.my/pameran-maya-koleksi-khazanah-warisan-universiti-ilmu-pengetahuan-institusi/.

Share this :