Kejohanan 3rd Asia Bowls Championship for The Disabled telah berlangsung pada 24 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 bertempat di Arena Emas, Taman Impian Emas, Iskandar Puteri, Johor. Staf Perpustakaan UTM iaitu Encik Mohd Zulaihi Bin Zainudin telah mewakili Malaysia dalam kategori blind.

Beliau telah mewakili Malaysia dalam dua (2) kategori iaitu kategori Individu B4 dan kategori pasangan campuran B4. Dalam kategori Individu B4, beliau telah memenangi pingat emas dengan menewaskan pihak lawan dari Hong Kong (21-8), Singapura (21-8) dan atlit dari Thailand (21-6). Manakala bagi ketegori berpasangan Campuran, pasukan Malaysia telah menewaskan pasukan dari Thailand dengan pungutan mata 13- 5. Syabas diucapkan dan semoga terus cemerlang mengharumkan nama Malaysia.

Semoga terus maju jaya diucapkan. Terima kasih mengharumkan nama Negara dan Universiti Teknologi Malaysia. Semoga terus mencipta kejayaan dunia dan akhirat! Terima kasih menjadi kebanggaan semua.

Share this :