Bersempena dengan Research Week 2022 yang dianjurkan oleh Perpustakaan UTM yang bermula dari 3 Oktober sehingga 9 November 2022 terdapat pelbagai aktiviti dan program yang direncanakan. Antaranya adalah Bengkel Asas Penulisan sinergi Perpustakaan UTM dan UTM Press. Panel jemputan ialah Ir. Yahaya Ramli. Beliau adalah perunding bertauliah, penulis & penyunting, penterjemah dan juga mantan pensyarah UTM. Bengkel telah diadakan di bilik seminar 1 dan bilik seminar 2, Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah) yang disertai oleh warga UTM.
Secara umumnya bengkel ini dijalankan dalam tiga sesi bagi memenuhi kriteria untuk mempelajari dan mendalami proses menghasilkan penulisan yang berkualiti. Sesi pertama adalah Bengkel Asas Penulisan yang berlangsung pada 4 Oktober 2022 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang melibatkan seramai 45 orang peserta untuk mempelajari proses awal untuk menulis sebelum terhasilnya sebuah buku.
Sesi kedua ialah Bengkel Penyuntingan Kendiri (Research Book/Book Chapter) yang telah diadakan pada 10 hingga 11 Oktober 2022 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang yang dihadiri seramai 25 orang peserta. Fokusnya adalah untuk membuat penyuntingan sendiri dengan bantuan daripada panel jemputan.
Manakala sesi ketiga adalah Bengkel Pruf & Indeks yang telah disertai seramai 30 orang peserta pada 18 hingga 19 Oktober 2022 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Semogha pengisian bengkel ini dapat memberikan impak yang besar dalam membantu penulis-penulis yang terdiri daripada warga UTM menghasilkan karya yang berkualiti.