Sesi Bicara Pengurusan bil. 10/2023 yang telah diadakan pada 6 Disember 2022, telah menampilkan Puan Zafarina Dol, Ketua Seksyen Penyelidikan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perpustakaan UTM untuk menyampaikan topik mengenai fungsi dan skop tugas di bawah Seksyen Penyelidikan iaitu perkhidmatan di PRZS, penyelidikan dan kelestarian.

Puan Zafarina telah memberi perincian carta organisasi terkini dan fokus utama Seksyen Penyelidikan bagi tahun 2023 dan seterusnya. Seksyen Penyelidikan terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Sokongan Penyelidikan, Unit Sokongan Pendidikan Pengguna dan Unit Penerbitan Penyelidikan.

Fungsi Seksyen Penyelidikan adalah Pengurusan Akses Maklumat Pangkalan Data Langganan Perpustakaan, melaksanakan Program Pendidikan Pengguna, menjalankan Pengurusan Penerbitan UTM dan mempromosi inisiatif serta aktiviti sains terbuka.

Antara aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan pada tahun 2022 adalah Research Week. Ia telah berlangsung selama satu bulan dari 3 Oktober sehingga 9 November 2022. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk pengguna Perpustakaan UTM seperti Research Canvas Competition, Knowledge Sharing, Read & Relax, Publication Talks, Bicara Karya, Bengkel Penulisan, RADIS Clinic Webinar, Week Of Welcome, Engagements with Researcher’s Forum dan UTMLibrary Roadshow.

Panel juga telah berkongsi berkaitan Green Office Perpustakaan UTM, Sustainable Development Goal (SDG), dan UTM Campus Sustainability (UTMCS). Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam menjayakan UTMCS seperti program kesedaran kitar semula, green e-waste, sustainable meeting, penjimatan kertas dan elektrik serta gotong royong.

Sesi Bicara Pengurusan telah tamat pada jam 4.00 petang dan dihadiri oleh semua staf Jabatan Perpustakaan UTM secara dalam talian.

Share this :