Kursus Pengurusan Risiko ini telah diadakan pada 1 November 2022 bertempat di Bilik Tayangan PSZ bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Panel Penceramah bagi kursus ini adalah En. Muhammad Hafizuddin bin Ripin dari Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRIM).
Kursus ini telah dianjurkan berikutan audit yang telah diadakan oleh pihak SIRIM di mana jabatan perlu menganjurkan satu kursus pengurusan risiko. Oleh yang demikian, Perpustakaan UTM mengambil inisiatif dengan mengadakan kursus ini dan semua pemilik proses telah dijemput sebagai peserta dalam kursus ini.
Panel telah menerangkan dengan terperinci berkaitan latar belakang ‘risk register‘, apa yang dimaksudkan dengan Pengurusan Risiko, dan kepentingannya didalam sesebuah organisasi, dan sebab-sebab kegagalan Pengurusan Risiko di dalam satu-satu jabatan tersebut.
Peserta juga didedahkan dengan Risk Assessment dan Risk Treatment di mana ia merupakan antara elemen terpenting dalam proses pengurusan risiko.
Kursus ini telah tamat pada jam 1.00 tengahari.