Pada 2 Februari 2023 (Khamis) telah diadakan satu sesi perjumpaan antara Perpustakaan UTM Kuala Lumpur bersama Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur (UTM KL) yang disertai oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin Bin Haji Abu, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Pn. Nurul Ain Bte Mohd Yunos selaku Penolong Pendaftar Kanan.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh empat orang Pustakawan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pn. Nik Masriza Zakaria selaku Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.
Perjumpaan ringkas ini membincangkan untuk bersinergi dalam menganjurkan pelbagai program bersama pelajar. Selain itu, wakil Hal Ehwal Pelajar turut dibawa melawat perpustakaan untuk melihat fasiliti yang perpustakaan miliki serta transformasi yang telah dilakukan oleh perpustakaan.
Diharapkan perjumpaan ini dapat meningkatkan lagi jaringan kerjasama di antara Jabatan Perpustakaan UTM dan juga Jabatan Hal Ehwal Pelajar di dalam aktiviti yang bakal direncana untuk manfaat warga UTM.