Bengkel Penyediaan Banner Progam Pembudayaan Membaca Perpustakaan UTM ini telah diadakan pada 26 Januari 2023 di Makmal Pencarian Maklumat Perpustakaan Sultanah Zanariah dan telah melibatkan seramai empat orang staf Seksyen Perkhidmatan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Hazim Yusof dari Perpustakaan UTM Pagoh.

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan tentang tatacara atau kaedah penyediaan template poster dan banner dengan menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan imej di atas talian. Di dalam bengkel ini, aplikasi Canva telah digunakan sebagai aplikasi utama untuk penyuntingan imej dan penyediaan rekabentuk poster.

En. Hazim telah menerangkan dengan terperinci tentang kaedah pemilihan imej atau gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam template poster dan banner di samping beberapa tips untuk menyunting imej tersebut sekiranya imej tersebut didapati tidak menepati kriteria template. Dalam hal ini, beberapa aplikasi lain turut diajar kaedah penggunaannya oleh fasilitator seperti aplikasi Background Image Removal dan Removal.ai.

Selepas sesi penerangan, para peserta bengkel diberikan beberapa jenis template poster dan banner dan peserta diminta untuk cuba menyunting sendiri imej yang dipilih untuk disesuaikan di dalam template yang telah disediakan.

Dengan penerangan dan latihan yang telah diberikan, para peserta bengkel diharap dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana satu-satu template banner dan poster itu disediakan dan dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut di dalam proses kerja yang akan datang.

Share this :