Majlis Pra Pembukaan Kafe He & She Coffee ini telah berlangsung pada 20 Februari 2023 (Ahad) bertempat di Library Lounge, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Johor Bahru (UTM JB). Kafe yang berkonsepkan gaya hidup moden ini telah memulakan perniagaannya sejak Mei 2019. Kini, kafe ini berjaya melebarkan sayap perniagaannya ke selatan tanah air. UTM JB merupakan cawangan yang ke 23 di Malaysia dan kedua di selatan tanah air.

Selain daripada variasi kopi yang ditawarkan, pelbagai menu istimewa turut disajikan sebagai tarikan kepada penggemar kopi. Hiasan dalaman yang moden dan santai turut menjadi daya tarikan utama pengunjung. Strategi ini berupaya merealisasikan hasrat Perpustakaan UTM untuk menyediakan ruang interaktif kepada pengguna perpustakaan di samping merasai keenakan pelbagai jenis minuman berasaskan kopi beserta hidangan-hidangan ‘ready made’ yang mudah segera untuk disediakan.

Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Encik Zulkiflee bin Yusuf selaku Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee turut berbesar hati meyampaikan Baucar Rahmah dengan nilai RM2,500 kepada UTM. Baucar Rahmah yang bernilai RM5 ini, bakal memberi manfaat kepada sejumlah 500 orang mahasiswa.

Share this :