Sesi Read & Relax, Siri 3/2023 anjuran Jabatan Perpustakaan Sultanah Zanariah telah dilaksanakan pada 2 Mac 2023, Khamis. Sesi ini dipancarkan secara dalam talian melalui Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Sesi ini juga telah disertai oleh dua orang pengulas iaitu Cik Nurul Jannah Roslan, Pembantu Tadbir, Jabatan Perpustakaan UTM dan Cik Wan Nurfarahusna Wan Yusof, Pembantu Tadbir, Jabatan Perpustakaan UTM manakala moderator ialah Puan Nas Rashidah Mohd Muztaza, Pustakawan, Jabatan Perpustakaan UTM.
Pengulas pertama, Cik Nurul Jannah Roslan telah memilih buku bertajuk The Miracle of Sleep karya Dr. Saraiza Abu Bakar. The Miracle of Sleep membawa kisah dimana tidur yang mencukupi merupakan terapi, bukan sekadar melepaskan lelah. The Miracle of Sleep mendedah kepada pembaca keajaiban tidur dan mengenal pasti penyakit tidur yang sering menjejaskan tidur sekaligus mengurangkan fungsi tubuh pada siang hari. Buku ini membincangkan tidur secara saintifik dan praktikal supaya kita dapat menikmati manfaat tidur secara maksimum.
Pengulas kedua, Cik Wan Nufarahusna Wan Yusof telah memilih buku berjudul Light for the Lost Soul, yang ditulis oleh Mizznina, menceritakan kisah penemuan rohaninya apabila beliau memutuskan untuk memulakan perjalanan mencari cahaya dari-Nya dan kedamaian. Baginya, ia bermula dengan proses perit memisahkan hati dari segala yang terpaut dan akhirnya membaiki hati yang lembut dengan harapan untuk mencapai redha. Jilid pertama ini digabungkan dengan renungan intim dan langkah terpandu yang mengajak pembaca mengambil tindakan berani menyelamatkan jiwa daripada selama-lamanya berada dalam keadaan tersesat.
Laporan disediakan oleh: Amirah Hamizah, Nurul Fasihah, Nadzliatul Nazifa