Cakna dengan isu kenaikan harga barang yang turut memberi impak terhadap kuasa beli pelajar terutamanya bagi keperluan makanan harian, Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) telah melaksanakan  program “FREE FOOD FOR STUDENTS@UTM LIBRARY”.  Program ini dilaksanakan pada hari Selasa setiap minggu bermula 1 November 2022 sehingga kini jam 9.00 pagi hingga selesai bertempat di Foyer, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ).

Pihak jabatan telah berbesar hati mempelawa dan mengalu-alukan seluruh warga JPUTM khususnya dan warga UTM amnya untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi melaksanakan program ini.  Sumbangan yang diperlukan adalah berupa makanan, minuman juga wang tunai.  Bentuk sumbangan yang diperlukan adalah seperti makanan basah/berat – pelbagai jenis nasi, pelbagai jenis mee, kuih muih dan buah-buahan, makanan kering – roti/biskut dan inuman – air botol/kotak/tin.  Bilangan atau jumlah sumbangan tidak dihadkan.

Diharapkan semoga niat murni, keperhatinan serta initiatif warga JPUTM juga UTM dalam menyantuni kebajikan pelajar ini dapat meringankan beban golongan ini dalam meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa di dalam kampus.

Share this :