Lawatan Penilaian Akreditasi bagi Program Diploma Kejuruteraan SPACE UTM oleh Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) telah diadakan pada 2 Ogos 2023. Penilaian akreditasi ini melibatkan 12 orang panel penilai dan 6 orang wakil dari SPACE UTM. Penilaian ini dilaksanakan untuk 5 kursus pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia iaitu Diploma Kejuruteraan Kimia, Awam, Elektrik, Elektronik dan Mekanikal.

Wakil perpustakaan adalah Puan Nik Masriza Zakaria selaku Ketua Bahagian Perpustakaan UTMKL di samping dua (2) Pustakawan Kanan iaitu Sharifah Radhiah Syed Azman dan Khairun Nadzrah Khalid. Para penilai dimaklumkan berkaitan penutupan bangunan Perpustakaan UTMKL bagi memberi ruang kepada kerja-kerja naik taraf untuk keselesaan pengguna. Namun, perkhidmatan perpustakaan masih dijalankan seperti biasa di tempat baru untuk sementara waktu.

Selain itu, para penilai turut diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan samada secara atas talian, mahupun secara fizikal antaranya perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (ILL), agihan pembelian buku mengikut program yang ditawarkan, “Librarian by Appointment” dan sebagainya.

Terima kasih diucapkan kepada pegawai penilai yang sudi hadir serta meluangkan masa untuk hadir ke Perpustakaan UTMKL.

Share this :