Pada 30 April 2019, pihak Perpustakaan UTM amat berbesar hati menerima kedatangan pelawat dari SMK Seri Perling. Lawatan yang dijadualkan pada jam 2.00 petang telah disertai oleh 25 orang pelajar dari pelbagai tingkatan dan 3 orang guru pengiring.
Pelajar-pelajar ini merupakan pustakawan sekolah yang berminat untuk mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan pusat sumber yang lebih berkesan di samping menerokai fasiliti serta perkhidmatan yang disediakan oleh PSZ.
Pelajar-pelajar ini begitu teruja dengan profesion kepustakawanan serta bersemangat untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini kerana percaya ia mampu menyuburkan aktiviti ilmu.
Disediakan oleh: Pn Norashikin Johari