Bersempena dengan Hari Nuzul Quran pada 22 Mei 2019 (Rabu), pihak Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) telah menganjurkan satu ceramah bertajuk ‘Rahmatilah Kami Dengan Al-Quran’ bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Bilik Seminar 3, Aras 4, Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah).

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Firdaus bin Pazim @ Fadzim, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM dan telah dihadiri oleh warga Perpustakaan UTM. Diharapkan dengan ada ceramah ini hadirin dapat meraih fadhilat dan syafaat Al-Quran dan seterusnya dijadikan amalan dalam menjalani kehidupan seharian.

Di akhir program pihak KKSPUTM juga telah membuat edaran kurma bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarajk kepada para hadirin.

Share this :