Pada 22 Januari 2024 (Isnin), Perpustakaan Sultanah Zanariah Kuala Lumpur (PSZKL) telah menerima kunjungan barisan panel auditor daripada pihak Malaysia Qualifications Agency (MQA). Kunjungan ini dijalankan untuk melaksanakan sesi pengauditan PSZKL sempena Audit Pematuhan Pengekalan Status Swaakreditasi UTM 2023.

PSZKL juga merupakan sebahagian daripada agenda lawatan panel penilai akreditasi ke fasiliti dan fakulti UTM. Delegasi panel auditor MQA yang hadir diketuai oleh Profesor  Dr. Ts. M. Iqbal bin Saripan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan disertai oleh Profesor Dr. Maniam Kaliannam, selaku Setiausaha Panel Auditor MQA dari Universiti of Nottingham Malaysia dan dua orang lagi Pegawai dari MQA.

Selain itu, sedikit penerangan ringkas mengenai PSZKL dan koleksi telah disampaikan oleh Puan Nik Masriza Zakaria,  Timbalan Pustakawan dan Puan Nurrull Huda Abd Wahid, Pustakawan Kanan. Seterusnya, kunjungan ini diteruskan dengan sesi soal jawab yang berlangsung sepanjang lawatan yang bermula pada 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Pengauditan bagi pengekalan status berkenaan telah bermula pada 15 Januari 2024, yang berlangsung di ketiga-tiga buah kampus di UTM Johor Bahru, UTM Pagoh dan berakhir di UTM Kuala Lumpur. Audit ini merupakan sesi kedua setelah sesi Audit Pematuhan Pengekalan Status Swaakreditasi yang pertama kali dijalankan pada tahun 2018.

 

Share this :