25 April 2024, Khamis – Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru (PSZJB) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Bil. 2/2024 yang melibatkan semua staf PSZJB. Program ini merupakan salah satu amalan penambahbaikan secara berterusan sejajar dengan objektif kualiti berteraskan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Program gotong royong pada kali ini bertujuan bagi penyediaan awal Persiapan Pengauditan Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2023 (AKKP 2023) Jabatan Perpustakaan UTM yang akan diadakan pada 30 April 2024 (Khamis).

Sebelum program dilaksanakan, satu (1) sesi taklimat ringkas disampaikan oleh setiap ketua kumpulan kepada staf seliaan masing-masing. Hal ini bagi memudahkan proses pembahagian tugasan pembersihan dijalankan.

Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan setiap aras bangunan PSZJB terutamanya beberapa kawasan dan ruang utama bangunan PSZJB yang terdiri daripada Ruang Bacaan Am, Bilik Perbincangan, Bilik Karel, Surau wanita, Bilik Jamuan, Pantri, Kawasan Komputer dan Makmal Penyelidikan Maklumat.

Aktiviti gotong–royong ini selesai dilaksanakan pada jam 12.00 tenggah hari. Terima kasih diucapkan kepada semua staf PSZ atas penglibatan dan komitmen dalam merealisasikan program pada hari ini. Selain daripada memastikan ruang berada dalam keadaan teratur, gotong-royong ini juga diharapkan dapat memastikan perpustakaan sentiasa kemas, bersih dan dapat digunakan secara optimum oleh pengguna perpustakaan.

Share this :