Program BookSharing @UTMKL 2023/Siri 12 telah diadakan pada Khamis, 5 Oktober 2023. Dua (2) penyampai telah dijemput untuk membuat perkongsian iaitu Encik Ahmad Hazwan Bin Azhari, Penolong Pegawai Sains, Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIT) dan Encik Muhammad Syahir Bin Rosdin, Penolong Arkitek Landskap, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Program kali ini dikendalikan oleh Puan Sarasyima Binti Md Salleh, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTMKL. Bagi memulakan majlis, Puan Sarasyima telah menjemput Encik Ahmad Hazwan bagi memulakan perkongsian. Beliau telah memilih buku The Human’s Complex yang ditulis oleh Zamir Mohyedin & N.H.M. Menurut beliau buku ini adalah sesuatu yang menarik perhatian beliau untuk sama-sama mengetahui berkaitan isu fobia dan lain-lain serta ianya menarik untuk dikongsikan fun fact bersama pendengar yang lain.

Menurut beliau, sebanyak 36 topik yang dikupas melalui buku ini. Namun beliau tertarik untuk berkongsi beberapa topik sahaja disebabkan kekangan masa. Topik 11 yang dikupas adalah mengenai ‘Fobia pada perkara yang tidak membunuh anda’. Menurut sumber World Health Organization (WHO) pada 2016, menyenaraikan bahawa kematian sakit jantung adalah punca kematian global tertinggi yang menyumbang kepada 30%, sementara strok sebanyak 17%. Fakta ini menunjukkan bahawa tidak ada satu pon punca utama kematian global ini ditakuti oleh masyarakat Amerika. Tetapi faktanya adalah, mereka takut kepada Arachnophobia (labah-labah) dan Ophidiophobia (ular) sebagai  dua (2) fobia yang tertinggi ditakuti oleh masyarakat Amerika.

Seterusnya, penulis berkongsi cerita mengenai kisah fobia Joseph McGinty Nichole (McG) di dalam buku ini.  McG telah menjalankan kontrak dengan Warner Bros untuk mengarahkan filem Superman: Flyby di Australia. McG telah menyiapkan papan cerita (storyboard) dan seni konsep (concept art) untuk filem tersebut.  Pada Julai 2004, McG perlu diterbangkan ke Sydney dari Hollywood Burbank Airport, California untuk memulakan sesi penggambaran.  Warner telah melabur sebanyak 20 juta dollar, para pelakon dan lebih 1000 orang yang terlibat dengan produksi telah bersedia. Tetapi akhirnya, McG gagal untuk menaiki jet kerana ketakutan yang menyelubungi dirinya untuk terbang.  Ramai cuba memujuk McG supaya menaiki kapal jet itu termasuk CEO Warner Bros pada ketika itu, Barry Meyer.  Setelah dipujuk dengan perbandingan statistik kematian udara dan darat. McG sedar akan statistik tersebut setelah diberitahu dalam usaha memujuknya menaiki jet. Tetapi seperti yang McG katakan (quote), perkara ini melibatkan isu kawalan. Di akhir perkongsian, penyampai menyimpulkan manusia takut pada perkara yang dirinya tidak boleh dikawal. Ketakutan datang daripada emosi dan emosi sukar untuk dikawal melalui fakta dan statistik. Memberikan statistik tidak dapat membantu untuk membuang perasaan takut tersebut.


Seterusnya, moderator menjemput Muhammad Syahir Bin Rosdin yang memilih buku Cuak yang ditulis oleh Dr. Hazreen A. Rashid. Menurut beliau, buku ini berkisarkan mengenai bagaimana seseorang itu menghadapi perasan cuak sehingga bertemu jalan penyelesaiannya, teknik dalam menguruskan anxiety, menjelaskan tindak balas otak dan tubuh terhadap anxiety, merungkai masalah anxiety dalam diri dan faktor yang mempengaruhi anxiety.

Menurut beliau, buku ini merupakan perkongsian pengalaman beliau sebagai doktor psikiatri yang merawat pesakit beliau dari awal rawatan sehingga pulih. Turut dikupas oleh penulis adalah berkaitan media sosial yang mana ia menjadi punca kepada penggalak kegelisahan kerana masyarakat pada masa kini lebih gemar berhubung secara maya dan apabila wujudnya situasi di mana mereka berhubung secara fizikal, pengurusan komunikasi tidak dapat dijalankan dengan baik. Menurut beliau, ini maknanya berbicara ‘hebat’ dalam maya tidak semestinya boleh berkomunikasi dengan baik apabila berdepan dengan orang lain. Ketagihan media sosial juga adalah masalah kepada punca menanggung kerja dan melewat-lewatkan dalam menyelesaikan tugas. Ini jelas menunjukkan, ketagihan media sosial banyak memberi kesan yang negatif berbanding positif.

Menurut beliau, kegelisahan bukanlah satu ancaman atau halangan dalam hidup seseorang yang mengalaminya. Namun,  cabarannya adalah bagaimana cara kita menguruskan kegelisahan tersebut. Maksudnya di sini, kita perlu belajar untuk hidup bersama kegelisahan kerana adakalanya kegelisahan boleh memberi impak yang baik dalam hidup. Contoh yang diberikan beliau adalah kegelisahan apabila diberikan tugasan jika tidak dapat menyelesaikan tugasan pada jangka masa yang ditetapkan.

Share this :