Siri 16 merupakan Program Read & Relax Perpustakaan UTM Johor Bahru yang terakhir bagi tahun 2023, ia telah dijalankan pada 2 November 2023 (Khamis) di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dan strim secara atas talian di Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM. Dua (2) orang panel pengulas jemputan adalah adalah Mohd Farizal bin Rashid, Editor Penyelaras, Penerbit UTM Press dan Puan Hairunnisa binti Yunos, Pegawai Tadbir, Penerbit UTM Press. Moderator program adalah Saudara Salihuddin bin Bakhri, Pembantu Perpustakaan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM.
Panel Pertama iaitu Encik Mohd Farizal bin Rashid mengulas buku bertajuk Diet Ahli Sufi yang ditulis oleh Dr Rosnaaini binti Hamid. Buku ini secara ringkasnya membongkar tatacara pengambilan makanan yang diamalkan oleh ahli-ahli sufi. Pengambilan makanan yang tepat penting kerana pengaruhnya yang cukup besar terhadap akhlak dan perkembangan kerohanian. Oleh itu, sesuatu yang diambil sama ada untuk dimasukkan ke dalam perut atau mengambil manfaat mesti memenuhi tuntutan syarak yang murni. Teladan yang ditunjukkan oleh ahli sufi wajar diketahui umum agar semua boleh mengamalkannya. Semoga amalan baik yang diteladani oleh ahli sufi akan menjadi panduan dan ikutan berguna kepada semua peringkat lapisan masyarakat.
Manakala Panel Kedua iaitu Puan Hairunnisa binti Yunos, mengulas buku bertajuk Suami Hensem Isteri Ohsem. Buku ini telah ditulis oleh Ahamd Shafial Uda Jaafar yang juga dikenali sebagai “Pak Utih”. Buku ini secara ringkasnya menyelami perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah perhubungan dan berkongsi tip-tip serta cara komunikasi yang baik untuk membentuk sebuah ikatan perkahwinan yang berkekalan. Buku ini berbentuk soal jawab agar pembaca lebih fokus dan bersistem dalam memahami keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan fitrah yang Allah jadikan. Persoalannya mengapa perkara ini berlaku? Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagian suami dan isteri. Setiap bab dalam buku ini menerangkan tentang hubungan dan perbezaan diantara lelaki dan wanita terutamanya di dalam bab akhir dalam buku ini menerangkan tentang perbezaan anak lelaki dan perempuan. Secara keseluruhan, buku ini mampu untuk membantu terutamanya kepada pasangan yang baharu di alam perkahwinan dalam mewujudkan keluarga yang bahagia.