14 Mei 2024, Selasa – Perpustakaan Sultanah Zanariah Kuala Lumpur (PSZKL) telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada Universitas Negeri Semarang (UNNES). Seramai 17 orang pelawat telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini dikendalikan oleh Encik Zaidi Othman, Pustakawan Kanan, PSZKL selaku pustakawan bertugas.

Sesi lawatan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai PSZKL di mana ia telah disampaikan oleh Encik Zaidi Othman di ruang bacaan, Ruang Galeri, PSZKL. Sesi pengenalan ringkas ini memberi gambaran awal kepada para pelawat berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan seperti Interlibrary Loan (ILL), Librarian by Appointment dan sebagainya. Seterusnya, para pelawat dibawa melawat ke ruang yang paling menarik dan unik di PSZKL yang sering digunakan oleh mahasiswa iaitu Read Cafe yang terletak di Menarak Razak di mana kafe ini sering menjadi tumpuan mahasiswa untuk mengulangkaji, membuat rujukan mahupun menyiapkan tugasan sambil berehat dan menikmati makanan.

PSZKL turut menyumbang satu (1) naskhah buku Sedekad Transformasi UTM Kuala Lumpur (2010-2020) yang merupakan hasil penulisan Pustakawan UTM Kuala Lumpur mengenai perubahan di UTM Kuala Lumpur kepada wakil pelajar UNNES sebagai tanda penghargaan. Semoga usaha ini dapat mengeratkan hubungan dan membuka ruang sinergi antara Malaysia dan Indonesia pada satu hari nanti.

Diharapkan segala penerangan yang disampaikan oleh pustakawan bertugas dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada para pelawat sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Share this :