Sesi engagement Ketua Pustakawan bersama semua staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PSZKL) telah diadakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bermula dari jam 11:30 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 2.

Dalam sesi ringkas ini, Puan Nor Asikin Mohamad selaku Ketua Pustakawan telah menyampaikan maklumat mengenai strategi dan penambahbaikan perkhidmatan dan program-program ilmiah anjuran perpustakaan seperti program pembudayaan ilmu khususnya bagi memastikan PSZKL sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna dan juga staf UTM.

Sesi engagement ini juga merupakan bukti bahawa pengurusan tertinggi Perpustakaan UTM sentiasa mengambil berat dan cakna terhadap semua perpustakaan cawangannya yang bernaung di bawah satu nama yang besar dan sering dijadikan penanda aras bagi kualiti perkhidmatan oleh jabatan-jabatan lain. Justeru, sesi ini dapat memberikan rasa kesatuan dan kebersamaan dalam kalangan staf Perpustakaan UTM di Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur.

Semoga sesi pertemuan ini dapat dimanfaatkan oleh semua staf PSZKL dan seterusnya dapat menambahbaik kualiti perkhidmatan Jabatan Perpustakaan UTM untuk terus mampu berdaya saing serta berkembang seiring dengan peningkatan teknologi masa kini.

Share this :