29 Jun 2024, Ahad – Kursus Future Proofing Libraries telah didakan pada 26 hingga 27 Jun 2024 di Bilik Seminar 1 & 2, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Kursus ini dianjurkan bagi mempersiapkan pustakawan untuk menghadapi serta memimpin perubahan dengan berkesan. Kursus ini menampilkan Dr. Ghazali Mohamed Fadzil, Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia sebagai fasilitator program.
Seiring dengan kepesatan teknologi digital, JPUTM terus berusaha untuk meningkatkan kompetensi pustakawan dengan kemahiran terkini ke arah penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi. Namun, cabarannya tidak pernah berhenti. Isu keterlihatan, pembangunan kepimpinan, penjenamaan, pengurusan perubahan, serta pelaporan hasil strategik masih menjadi elemen penting yang perlu ditambah baik.
Kursus ini memberi fokus kepada beberapa aspek penting. Pertama, ia mengajak pustakawan untuk menyelami diri sendiri bagi memahami peranan sebenar seorang pustakawan dan mengapa perpustakaan itu wujud. Ia sangat penting dalam memahami ekosistem sebenar dan bersedia menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam ekosistem tersebut. Yang kedua, kepimpinan yang berkesan. Pustakawan perlu memahami kompetensi kepimpinan yang diperlukan serta merancang pelan pembangunan kepimpinan yang strategik untuk pustakawan. Yang ketiga, pustakawan dengan pelbagai kaedah serta alat perancangan strategik didedahkan serta kaedah pelaksanaanya. Pustakawan didedahkan dengan kaedah pengukuran impak, baik dalam konteks aset tangible atau intangible.
Terima kasih diucapkan kepada fasilitator dan para peserta atas komitmen yang diberikan dan semoga ilmu yang telah dikongsikan bermanfaat kepada semua.
“Pustakawan mempunyai pesona yang berupaya memukau pencinta ilmu.
Hargailah kelebihan itu!”
-Khairulbahiyah Yaakub-