12 September 2024, Khamis – Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PSZKL) telah menyertai Program Perbarisan Bulan Kebangsaan & Open Day Merdeka UTM KL. PSZKL turut membuka reruai di Dewan Tan Sri Ainuddin untuk kunjungan pelawat dan peserta program.

Program yang bermula jam 8.30 pagi ini  telah menyaksikan pelbagai acara menarik yang disajikan untuk para pelajar dan staf UTM Kuala Lumpur antaranya perbarisan kebangsaan, pancaragam, ceramah Membangun Personaliti Unggul (MPU), kempen derma darah, gerai jualan dan sebagainya.

Reruai Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menempatkan sebanyak lima (5) orang staf petugas di samping dua (2) orang Pustakawan Kanan iaitu Puan Sharifah Radhiah Syed Azman dan Encik Zaidi Othman dan selebihnya adalah staf teknikal yang membantu dalam penyediaan sebelum, semasa dan selepas program. Antara perkhidmatan yang PSZKL tawarkan sepanjang program berlangsung adalah pameran buku Hari Kebangsaan dan kesihatan, pengaktifan akaun perpustakaan, peminjaman dan pemulangan bahan serta kuiz merdeka.

Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke reruai PSZKL dan semoga program seumpama ini dapat membantu perpustakaan mempromosikan perkhidmatan kami kepada semua komuniti masyarakat khasnya warga UTM Kuala Lumpur.

Share this :