Pada 31 Julai 2019, Perpustakaan UTM, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah telah dikunjungi oleh pelajar dan tenaga pengajar daripada Sekolah Tinggi Manajemen dan Ilmu Komputer, Pagar Alam, Indonesia. Lawatan tersebut terdiri daripada 9 orang pelajar, 2 orang pensyarah pengiring. Lawatan telah dikendalikan oleh Puan Nor Shaliza Binti Mohd Basarudin (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Nor Aishah P.Mosar (Pustakawan) selaku wakil dari Bahagian Perkhidmatan manakala En Khalid Hj Jaafar selaku wakil daripada Bahagian Galerium.

Peserta lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM. Selain daripada itu, pelawat juga didedahkan kepada Galerium UTM. Lawatan yang bermula pada jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh Puan Nor Aishah P.Mosar.

Share this :