29 November 2024 (Jumaat) – Aturcara Audit Pengekalan Akreditasi Penuh telah dijalankan di Perpustakaan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan dikendalikan oleh Pustakawan Kanan MJIIT iaitu Puan Sharifah Radhiah Binti Syed Azman.


Audit ini bertujuan untuk memastikan kelayakan dan kualiti Program Sarjana Pengurusan Risiko dan Bencana (MMJD) di MJIIT menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam usaha mengekalkan akreditasi penuh. Audit ini dijalankan oleh panel yang terdiri daripada pakar akademik di bawah pimpinan Profesor Dr. Luqman Chuah bin Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, para auditor turut dibawa menyaksikan pameran yang terdapat di Perpustakaan MJIIT dan diberi penerangan ringkas berkaitan tema pameran yang sedang berlangsung.


Perpustakaan MJIIT diharapkan dapat menepati sasaran yang ditetapkan dalam memenuhi keperluan akreditasi program melalui Aturcara Audit Pengekalan Akreditasi Penuh ini. Semoga segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan selama ini akan membuahkan hasil yang positif, sekaligus membuktikan keupayaan Perpustakaan MJIIT dalam memenuhi standard yang ditetapkan demi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan kepada semua pengguna.

Share this :