Pada 16 Januari 2025, Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (JPUTM) telah menganjurkan Sesi Townhall secara atas talian dengan menggunakan platform Cisco Webex Meeting. Sesi ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian Pelan Tindakan 2024 serta memperkenalkan Pelan Tindakan Strategik enVision UTM 2025.


Sesi Townhall dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara dengan diikuti oleh bacaan doa. Puan Nor Asikin Binti Mohamad, selaku Ketua Pustakawan telah memberikan ucapan pembukaan yang menekankan kepentingan perancangan strategik dalam memastikan Jabatan Perpustakaan UTM kekal relevan dan responsif terhadap cabaran mendatang.


Pembentangan pertama telah disampaikan oleh Puan Zaleha Binti Atan, yang membentangkan pencapaian Pelan Tindakan 2024 dan strategi enVision UTM 2025. Bahagian-bahagian utama jabatan turut mengambil bahagian dalam sesi penerangan dan soal jawab, termasuk Bahagian Perancangan dan Pembangunan (BPP), Bahagian Ilmu Pengetahuan Institusi (BIP), Bahagian Automasi dan Multimedia (BAM), Bahagian Perkhidmatan (BPK), serta Bahagian Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PUTMKL).


Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui pencapaian jabatan dan memahami perancangan strategik bagi tahun mendatang. Acara berakhir dengan ucapan penutup, sesi bergambar dalam talian, dan bersurai pada jam 12.30 tengah hari.


Secara keseluruhannya, sesi Townhall ini berjaya mengukuhkan komitmen bersama untuk merealisasikan visi enVision UTM 2025, di samping memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju strategik Jabatan Perpustakaan UTM.

Share this :