Pada 26 Ogos 2019, seramai 40 orang pelajar dan diiringi oleh 4 orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti, Skudai telah mengadakan lawatan ke Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Perpustakaan UTM.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Pelajar, UTM pada jam 2.00 petang dan diteruskan dengan lawatan ke Perpustakaan pada jam 2.45 petang. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang dikendalikan oleh Puan Siti Marlia Rahim dan Encik Akmal Alif Amran.

Peserta lawatan diberikan penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan serta lawatan ke sekitar ruangan Perpustakaan dengan harapan ianya menjadi pembakar semangat kepada para peserta untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.

Peserta juga dibawa ke  Galerium UTM bagi menerokai khazanah serta artifak UTM yang masih tersimpan rapi dan dahulunya pernah digunakan untuk sesi pembelajaran, pengajaran dan pengoperasian. Lawatan berakhir pada jam 3.30 ptg.

Artikel disediakan oleh Puan Nor Aishah P. Mosar

Share this :