Sesi Read & Relax Siri 5/2019 telah diadakan pada 7 Mac 2019 jam 11.00 pagi. Empat (4) orang pengulas yang terdiri daripada Cik Salina Shamsuri, Pn. Haslina Hussin, En. Abas Rahmat dan Pn. Nordiana Mohsin telah mengulas buku pilihan masing-masing.

Pengulas pertama adalah En. Abas Rahmat dengan bukunya yang bertajuk Bercakap Dengan Jin. Pengulas sangat menggemari cerita berunsurkan misteri dan seram terutama hasil daripada penulisan Tamar Jalis. Mula diterbitkan pada tahun 80 an dalam bentuk bersiri dalam majalah Variasari. Ia bukan sahaja memaparkan cerita seram tetapi ia juga mengisahkan kehidupan, kekeluargaan dan silaturrahim.  Pengulas juga mengaitkan kisah-kisah hantu di dalam buku ini ada kaitannya dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat kini yang membawa kepada syirik.

En. Abas Rahmat mengulas buku yang bertajuk Bercakap Dengan Jin

 

Pn. Nordiana Mohsin mengulas buku bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Pengulas kedua pula adalah Pn. Nordiana Mohsin dengan bukunya yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Buku ini merupakan hasil penulisan penulis tersohor Indonesia iaitu Hamka yang banyak menulis tentang buku-buku keagamaan. Bahasa yang digunakan sangat puitis dan indah. Mengisahkan percintaan yang sangat agung yang banyak menggunakan surat untuk menyatakan hasrat hati. Diumpamakan seperti percintaan Romeo dan Juliet.

Seterusnya pengulas ketiga iaitu Cik Salina Shamsuri telah berkongsi bukunya yang bertajuk Anggun Di Luar, Serlah Pesona Dari Dalam. Pengulas sangat tertarik dengan isi kandungan buku kerana sangat berkait rapat dengan dirinya yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Semua orang memiliki kecantikan dan ketampanan yang mana ia diukur dengan pergaulan, aura positif dan dapat merangsang orang sekeliling. Warna juga memainkan peranan penting dalam mengawal emosi dan dan menimbulkan aura yang positif. Model teragung untuk kesempurnaan kecantikan dan ketampanan yang meliputi luaran dan dalaman adalah Nabi Muhammad saw.

Cik Salina Shamsurimengulas buku bertajuk Anggun Di Luar

 

Pn. Haslina Hussin mengulas buku bertajuk Nostalgia Medan Selera

Pengulas terakhir pada sesi ini iaitu Pn. Haslina Hussin telah berkongsi cerita tentang bukunya yang bertajuk Nostalgia Medan Selera. Istimewa tentang buku ini apabila buku ini menjadi buku masakan kesayangannya yang telah diwarisi sejak zaman moyangnya dahulu. Penulis merupakan tukang masak tersohor dan masakannya menjadi kegemaran warga Istana. Buku asal dalam tulisan jawi yang menggunakan sukatan kati dan tahil. Telah diterbitkan versi baru iaitu dalam bentuk ‘hardcover’ dan dalam tulisan rumi.

Disediakan olen Puan Norashikin Binti Johari.

 

Share this :