JOHOR BAHRU, 23 April 2026 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya dalam menyokong agenda pembangunan masyarakat berilmu melalui penganjuran Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 yang telah berlangsung pada 23 April 2026 (Khamis) di Ruang Terbuka Aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM Johor Bahru bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Majlis Sinergi Komuniti antara UTM dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) anjuran Fakulti Pengurusan (FM), dengan kerjasama strategik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) serta Pusat Penyelidikan Fiqh dan Teknologi (CFiRST). Inisiatif ini merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan masyarakat membudayakan amalan membaca secara konsisten, selaras dengan aspirasi “Membaca Membina Bangsa”.

Program Jom Baca 10 Minit Bersama 2026 ini telah yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, YBrs. Profesor Dr. Rosli Md. Illias, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Noor Faezah Md. Esa; serta Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, selaku perasmi Majlis Sinergi Komuniti antara UTM dan YPKDT. Turut hadir ialah para pelajar, staf universiti, wakil Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peserta dalam kalangan YPKDT yang bersama-sama meluangkan masa membaca secara serentak sebagai simbolik komitmen dalam membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.

 

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga universiti dan masyarakat, sekali gus menyokong usaha berterusan ke arah melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berdaya saing dan berbudaya ilmu.

 

Share this :
UTM Open Day